MEMBINA PAKATAN RAKYAT YANG LEBIH DINAMIK

Parti Amanah Negara (AMANAH) peringkat Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang berani membuat keputusan besar dam tepat menerima kemasukan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) iaitu Dato Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat dan Tan Sri Muhammad Mohamad Taib ke dalam KEADILAN.

Pihak kami juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua tokoh besar tersebut yang berani dan tegas dalam menentukan halatuju perjuangan mereka demi mengukuhkan Pakatan Rakyat 2.0 yang bakal dibentuk selepas ini.

Seterusnya tidak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) kerana bersedia menerima 2 orang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) iaitu Sdr Zulhazmi Sharif, seorang peguam dan Sdr Shubihi Muhamad Zain, Pengetua Maahad Swasta ke dalam DAP.

Tidak ketinggalan kami juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada 2 orang anak muda yang berani melakukan sebuah maneuver politik yang matan dalam dimensi politik tanah air.

Serentak dengan dua perkara besar di atas kami mengucap selamat datang, syabas dan tahniah dengan gelombang dan perubahan dari baik kepada yang lebih baik kepada seluruh ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru ditubuhkan pada 31 Ogos yang lalu.

Semoga tindakan penghijrahan saudara dan saudari sekalian akan memacu dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat 2.0 yang bakal dibentuk selepas 16 September nanti demi menyelamatkan Malaysia dari pemimpin politik korup dan pemimpin jumud.

AMANAH – PROGRESIF – PEDULI

Datuk Dr Ismail Salleh
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Negeri Kedah