Berkenaan Amanah

Matlamat

Parti Amanah Negara ialah sebuah parti politik yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dalam menggalas amanah agama, rakyat dan negara dengan matlamat berikut:

  1. Memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan.
  2. Mendirikan sebuah masyarakat dan negara madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua.
  3. Melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik (good governance) selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kompetensi dan ketelusan.
  4. Mendukungi pendekatan kesederhanaan, keterbukaan, demokratik dan bergerak dalam kerangka demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan.
  5. Menggembleng seluruh segmen warganegara dalam wadah perjuangan politik inklusif merentasi jurang kaum, budaya dan kepercayaan ke seluruh Persekutuan.

Kepimpinan 2015

Penasihat Umum : AF Ustaz Hj Ahmad Awang
Pengerusi : Mohamad Bin Sabu
Timbalan Pengerusi : Salahudin Bin Ayub
Nab Pengerusi : Mujahid Bin Yusuf
Naib Pengerusi : Hasanuddin Mohd Yunus
Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha Agung : Mohd Anuar Bin Mohd Tahir
Pen. Setiausaha Agung : Abang Ahmad Kerdee Bin Abang Masagus
Bendahari Agung : Asmuni Awi
Setiausaha Organisasi : Suhaizan Kaiat
Ahli Jawatankuasa :
1. Mohd Hatta Md Ramli
2. Khalid Bin Abd Samad
3. Gopalan K. Papachan
4. Izham Hashim
5. Adly Bin Zahari
6. Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah
7. Mohd Nizar Bin Jamaludin
8. Mazlan Aliman
9. Aminolhuda Hassan
10. Dzulkefly Bin Ahmad
11. Mohd Hanifa bin Maidin
12. Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi
13. Shaari Sungib
14. Zulkifli Mohamad bin Omar
15. Hu Pang Chow
16. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
17. Hasnul Baharudin

Sejarah Parti Amanah Negara

Untuk memahami Perkembangan Pra Penubuhan Parti Amanah Negara sebelum Pemilihan Parti Islam Semalaysia sila ke Artikel Berikut:-

1. Sejarah Perkembangan Amanah Bahagian 1
2. Sejarah Perkembangan Amanah Bahagian 2

TARIKH PENTING DALAM 3 BULAN KRITIKAL PENUBUHAN PARTI AMANAH NEGARA

16 JUN 2015 – PERTEMUAN BAKRI

Satu pertemuan telah diadakan di Bakri oleh 18 bekas Pemimpin PAS untuk membincangkan hala tuju politik kumpulan yang digelar oleh media sebagai Progresif setelah kalah ‘Setandan’ yang merupakan pertama kali dalam Sejarah Pemilihan Parti Islam SeMalaysia PAS. Mereka sepakat untuk menubuhkan Wadah Baru bagi meneruskan agenda Politik Islam Rahmat Untuk Semua setelah melihat bahawa PAS tidak lagi membawa agenda itu.

13 JULAI 2015 – Pelancaran Harapan Baru

Gerakan Harapan Baru telah dilancarkan di Hotel Vistana Kuala Lumpur sebagai wadah baru untuk
membina semula kerjasama Politik setelah Pakatan Rakyat terkubur dan mengisi kelompongan yang telah ditinggalkan oleh PAS dalam Kerjasama Politik.

15 OGOS 2015 – Nadwah Ulama Li Nahdotul Jadidah (NUNJI2015)

NUNJI15 diadakan bagi mencari formula pendekatan Islam dalam bernegara dan melahirkan ‘fikah Malaysia’. Himpunan ini telah menghimpunkan para ulama dan asatizah untuk mengkaji pendekatan fikah kenegaraan untuk Malaysia yang diadakan di Perpustakaan Awam Selangor di Shah Alam di mana 10 pembentang telah memberikan pandangan masing-masing termasuk ulama dari luar negara.

“Kita akan melihat Islam dalam situasi lokal di Malaysia yang bermasyarakat majmuk untuk melahirkan ‘fiqh’ (fikah) Malaysia yang tidak lari dari syariat dalam konteks negara seperti Malaysia,” kata Datuk Dr Mujahid Yusof, pengarah Nunji’15 kepada The Malaysian Insider.

Katanya, umum berpendapat, politik dan syariah Islam ini kontradik dengan Malaysia dan ia perlu diperbetulkan. “Apa yang perlu dilihat adalah Islam adalah agama rasmi persekutuan dan agama lain bebas diamalkan. Islam pula kuasa negeri yang melahirkan konflik antara perlembagaan dan kefahaman. Ini perlu kita kaji. “Kita akan buktikan, dalam suasana Malaysia, syariah Islam tidak bercanggah. Kerana, hukum boleh berubah mengikut tempat dan keadaan serta kondisi sebagaimana yang dibahaskan panjang lebar oleh Ibnu Qayyim,” kata Mujahid.

Nunji’15 juga membincangkan pendekatan pelaksanaan syariah di Malaysia agar tidak terperangkap dengan pemikiran seolah-olah pelaksanaan hudud sahaja menjadi masalah utama di Malaysia. Selain itu, seminar ini bertujuan mendapatkaan pandangan agamawan dalam menetapkan agenda Islam dalam perjuangan GHB di samping menjadi asas kepada keterlibatan para ulama dan asatizah dalam menggerakkan secara bersama organisasi GHB sebagai pimpinan dan aktivis.

Untuk Melihat semua butiran NUNJI15 sila lawati link ini

31 Ogos 2015 – Sidang Media Mengumumkan Pelancaran Parti Baru

16 Sept 2015 – Konvenyen Penlacaran Parti Amanah Negara