Matlamat

Parti Amanah Negara ialah sebuah parti politik yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dalam menggalas amanah agama, rakyat dan negara dengan matlamat berikut:

  1. Memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan.
  2. Mendirikan sebuah masyarakat dan negara madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua.
  3. Melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik (good governance) selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kompetensi dan ketelusan.
  4. Mendukungi pendekatan kesederhanaan, keterbukaan, demokratik dan bergerak dalam kerangka demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan.
  5. Menggembleng seluruh segmen warganegara dalam wadah perjuangan politik inklusif merentasi jurang kaum, budaya dan kepercayaan ke seluruh Persekutuan.